Mangsa, Muhammad Syabil Hakimi Mohamad Subar, 27, menemui ajal selepas tercampak ke atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire yang sedang keluar simpang.

MELAKA – Seorang lelaki maut tercampak atas sebuah kenderaan dalam nahas hanya kira-kira 650 meter dari rumahnya di Pangsapuri Rakyat (PPR) Sungai Putat, Ayer Keroh, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.10 malam itu, mangsa, Muhammad Syabil Hakimi Mohamad Subar, 27, menemui ajal selepas merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire yang sedang keluar simpang.

Lokasi kemalangan
seorang lelaki maut dalam nahas hanya kira-kira 650 meter sebelum sempat ke rumahnya di Pangsapuri Rakyat (PPR) Sungai Putat, Ayer Keroh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Ayer Keroh ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di PPR Sungai Putat.

“Apabila sampai di tempat kejadian, datang sebuah MPV dari arah kiri jalan yang keluar dari simpang Restoran Tom Yam Klasik menuju ke Ayer Keroh menyebabkan berlakunya perlanggaran.

“Akibatnya, penunggang motosikal jenis Yamaha MT-25 itu maut di tempat kejadian manakala pemandu MPV berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Syabil Hakimi Mohamad Subar, 27, menemui ajal selepas tercampak ke atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire yang sedang keluar simpang.

Tambahnya, mayat mangsa telah di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah di keluarkan bagi mengetahui punca kematian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here