Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah, Datuk Ir Izham Hashim (tengah, berdiri) bersama sebahagian kanak-kanak yang menerima dut raya awal di Surau Nur Iman, Taman Kencana malam tadi.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 150 kanak-kanak gembira menerima duit raya awal sempena Majlis Iftar Perdana di Surau Nur Iman, Taman Kencana di sini malam tadi.

Majlis tahunan surau berkenaan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah, Datuk Ir Izham Hashim yang juga salah seorang Exco Kerajaan Selangor.

Sebelum itu, penduduk bersama-sama berbuka puasa, menunaikan solat Isyak dan tarawih berjemaah.

Menurut pengerusi surau, Suhaimi Arshad, tradisi berkenaan diteruskan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah, Datuk Ir Izham Hashim (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Surau Nur Iman, Suhaimi Arshad di Taman Kencana malam tadi.

Ia dilakukan sebelum masing-masing bercuti panjang sebelum Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi selain memeriahkan pesta ibadah sempena 10 terakhir Ramadan.

Selain duit raya, sumbangan juga diberikan kepada ahli jawatankuasa surau yang berkhidmat sempena Ramadan kali ini.

Sementara itu, Izham juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM5, 000 kepada pihak surau.

Beliau berharap tradisi sedemikian diteruskan pada Ramadan akan datang kerana ia juga salah satu amal baik yang dituntut agama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here