Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bercakap kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Polis masih memburu dua ahli kumpulan dari lima penjenayah warga asing yang ditembak mati selepas menyerang sepasukan polis dalam kejadian di kawasan hutan Desa Vista, Sepang pada 14 Mac lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek yang sedang dikesan adalah warga asing.

“Pihak polis masih memburu dua lagi ahli kumpulan tersebut dan kita percaya dua individu itu warga asing,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor  hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis menembak mati tiga penjenayah warga asing selepas menyerang sepasukan polis dalam kejadian di kawasan hutan Desa Vista, Sepang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Ketiga-tiga penjenayah lelaki berusia antara 35 hingga 40 tahun itu dilaporkan aktif melakukan 17 kes samun dan pecah rumah di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sejak awal tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata semua suspek dikesan bersembunyi di kawasan hutan selepas cuba menyamun sebuah kediaman di kawasan perumahan berhampiran di Desa Vista. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here