Diana Danielle (kanan) ketika ditemui wartawan di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Diana Danielle benar-benar berharap urusan perceraiannya bersama Farid Kamil dapat diselesaikan segera.

Malah pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 33, itu turut berharap agar Farid memahami keputusan nekad untuk berpisah kali ini.

“Saya harapkan cepatlah selesai, banyak kali naik turun (mahkamah), perkara yang sama juga. Akhirnya saya tetap nak dilepaskan.

“Harapnya dia (Farid) fahamlah akhirnya,” katanya sejurus tiba di Mahkamah Syariah di sini hari ini.

Terdahulu, Diana tiba di mahkamah tersebut pada lebih kurang pukul 9.25 pagi.

Pelakon tersebut turut ditemani peguam syarie yang mewakilinya Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Sementara itu, Farid yang tiba pada pukul 9.40 pagi tidak bercakap banyak kepada media sebaliknya hanya berkata; “Semua akan baik-baik.”

Farid pada 21 Januari lalu dilaporkan melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai selepas memutuskan untuk kekal mempertahankan rumah tangganya dengan Diana.

Difahamkan, dalam tempoh tersebut, tiada sebarang halangan sekiranya pasangan itu mahu berdamai atau berbaik.

Sebagai rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sebelum ini, pasangan itu pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga yang berpanjangan sebelum disahkan bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet pada 10 Ogos 2023.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here