PGA turut merampas kira-kira 450 biji kelapa yang ditemukan di dalam lori yang digunakan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan kelapa di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, Kelantan.

Menurut Pasukan Gerakan Am (PGA), operasi yang dijalankan pada jam 12.30 malam, Isnin lalu turut merampas kira-kira 450 biji kelapa yang ditemukan di dalam sebuah lori.

“Hasil pemeriksaan pemandu gagal menunjukkan sebarang dokumen daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), berkaitan urusan jual beli buah kelapa tersebut.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 52,250 termasuk lori dan kes disiasat dibawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (FAMA),” katanya menerusi kenyataan.

Menurut agensi itu, suspek yang berusia 26 tahun dan barang rampasan diserahkan kepada Unt Regulasi Pasaran FAMA Kelantan untuk tindakan selanjutnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast