KAJANG – Berbaki hari-hari terakhir Ramadan bagi umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, tukang jahit baju Melayu antara individu paling sibuk kerana perlu memastikan semua tempahan pelanggan disiapkan sebelum 1 Syawal nanti.
Bagi pemilik Butik Dzulldeclassique, Zulkifli Rahmat, dia bersyukur kerana berjaya menyiapkan tempahan lebih 3,000 baju Melayu sebelum Aidilfitri walaupun bersengkang mata untuk menyiapkan baju yang ditempah mengikut masa ditetapkan.
Bapa kepada tiga anak itu berkata, waktu tidur bersama tujuh pekerjanya hanya selepas Subuh setiap hari, ia sudah menjadi rutin bagi mereka setiap kali Ramadan terutama menghampiri Syawal.
“Saya mula menerima tempahan sejak November lalu dan alhamdulillah sebanyak 2,500 baju Melayu sudah diambil pelanggan ketika ini.
“Baki 500 tempahan lagi dijangka diambil pada Sabtu ini sebelum butik ditutup bermula Ahad ini selama dua minggu.
“Sejak awal tahun ini, tiada istilah hari cuti buat saya dan pekerja kerana kami bekerja tujuh hari seminggu demi menyiapkan tempahan 3,000 baju Melayu,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di butiknya di sini hari ini.
Kebiasaannya menjelang Ramadan, pelanggan setia akan membuat tempahan di Butik Dzulldeclassique yang cukup popular dengan rekaan pakaian terutamanya golongan lelaki untuk membuat baju Melayu.
Butik itu sentiasa terlintas diminda bagi mereka yang ingin mencari baju Melayu eksklusif, selesa dipakai dan berpotongan cantik serta kemas.
Apatah lagi, baju-baju Melayu rekaannya itu sering terpampang di majalah-majalah, dipakai pula oleh golongan VIP dan artis-artis sejak lewat akhir 90-an sekali gus jenama Dzulldeclassique kekal bertahan sehingga hari ini.
Mengulas lanjut, Zulkifli yang memiliki pengalaman sebagai tukang jahit lebih 25 tahun menambah, dia sepatutnya menutup tempahan pada akhir Februari lalu kerana melihat momentum kehadiran pelanggan ke butik yang agak perlahan.
Namun katanya, momentum tempahan itu melonjak tiba-tiba pada awal Ramadan lalu di mana tempahan terpaksa diterima sehingga pertengahan bulan ini.
“Namun tempahan saat-saat akhir itu hanya dibuka untuk pelanggan biasa dan kenalan rapat sahaja.
“Ini kerana saya bimbang tempahan tidak dapat disiapkan kelak. Mereka yang datang buat tempahan di saat akhir kerana pada mula memberi fokus kepada perbelanjaan anak-anak memasuki persekolahan,” katanya yang berusia 48 tahun.
Jika tahun lalu, persalinan jingga gelap menjadi pilihan, Zulkifli memberitahu, hijau zaitun menjadi warna popular tema baju Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri ketika awal tempahan.
Namun katanya, warna pilihan bertukar di kalangan pelanggan menjelang Ramadan.
“Tahun ini, saya berpendapat tiada warna tertentu menjadi pilihan tetapi pelbagai warna menjadi pilihan pelanggan.
“Bermula dengan warna hijau zaitun, namun tempahan pelanggan berubah kepada maroon burgandy dan tona coklat yang nampak mewah dan elegan,” katanya yang mulakan perniagaan membuat baju Melayu pada tahun 1993.
Ditanya pandangan ramai orang lebih gemar membeli baju Melayu di atas talian dan sudah siap, Zulkifli tidak menafikan senario itu sejak kebelakangan ini.
Namun katanya, masih ada pelanggan setia yang masih selesa memilih untuk menempah baju di butiknya atas beberapa faktor.
“Kebiasaanya datang menempah baju Melayu adalah di kalangan mereka yang berduit kerana harga termasuk upah dan kain mencecah RM300.
“Selain itu, mereka yang datang menempah ini berdepan masalah bentuk badan yang sukar mendapat baju pasang siap.
“Pada masa sama, budaya menempah baju ini pada musim perayaan bermula dari zaman kanak-kanak hingga dewasa apabila satu keluarga menempah secara sedondon serta menempah juga menampakkan seseorang agak mewah kerana mempunyai pilihan memilih kualiti kain.
“Manakala bagi yang gemar membeli di atas talian atau pasang lebih kepada suka kepada warna yang viral dan tidak kisah tentang kualiti asal kelihatan cantik,” katanya yang mengakui kebanyak pelanggannya di butik adalah mereka yang menempah secara warna sedondon.
Ditanya tentang bisnes baju Melayu hanya bermusim ketika musim Aidilfitri sahaja, Zulkifli berkata, dia perlu bijak mempelbagai jahitannya yang melibatkan baju korporat, baju kurung, baju batik dan baju nikah selepas Syawal.
Zulkifli memulakan perniagaan membuat baju Melayu pada tahun 1993 sebelum menyewa di Arked Mara Kajang dua tahun kemudian.
Beliau yang kini boleh dianggap usahawan Melayu berjaya berpindah ke bangunan baru di Jalan Reko pada tahun 2016 yang bernilai RM1 juta. – MalaysiaGazette
, Zulkifli Rahmat berkata, dia bersyukur kerana berjaya menyiapkan tempahan lebih 3,000 baju Melayu sebelum Aidilfitri walaupun bersengkang mata untuk menyiapkan baju yang ditempah mengikut masa ditetapkan.
Bapa kepada tiga anak itu berkata, waktu tidur bersama tujuh pekerjanya hanya selepas Subuh setiap hari, ia sudah menjadi rutin bagi mereka setiap kali Ramadan terutama menghampiri Syawal.
“Saya mula menerima tempahan sejak November lalu dan alhamdulillah sebanyak 2,500 baju Melayu sudah diambil pelanggan ketika ini.
“Baki 500 tempahan lagi dijangka diambil pada Sabtu ini sebelum butik ditutup bermula Ahad ini selama dua minggu.
“Sejak awal tahun ini, tiada istilah hari cuti buat saya dan pekerja kerana kami bekerja tujuh hari seminggu demi menyiapkan tempahan 3,000 baju Melayu,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di butiknya di sini semalam.