Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan, murid yang tidak memakai lencana Jalur Gemilang tidak akan dikenakan hukuman.

Katanya, inisiatif tersebut dilaksanakan bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara, dan bukannya bertujuan menghukum.

“Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 dikeluarkan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif berkenaan adalah mengikut prosedur dan garis panduan,” kata Kementerian itu menerusi soalan kerap ditanya (FAQ) berhubung pemakaian lencana Jalur Gemilang pada seragam murid, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/03/27/pemakaian-lencana-jalur-gemilang-wajib-mulai-april-kpm/

Semalam, KPM mengeluarkan kenyataan berhubung pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar di institusi pendidikan bawah kelolaannya berkuat kuasa 21 April ini secara berperingkat.

Katanya, setiap murid akan dibekalkan dengan dua unit lencana Jalur Gemilang dalam bentuk pin secara percuma untuk sesi persekolahan 2025/2026 bermula pada 21 April secara peringkat.

Ia bagi memudahkan lencana berkenaan untuk disematkan ke atas semua jenis pakaian seragam murid. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here