Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengingatkan semua pembayar cukai untuk menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan sebelum merancang perjalanan percutian ke luar negara.

Katanya, sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang boleh dikenakan sekiranya pembayar cukai masih lagi gagal membuat bayaran terhadap baki cukai yang tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis diberikan.

“Berdasarkan Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, LHDN diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia jika mereka atau syarikat mereka mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan kepada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, semakan boleh dibuat menerusi portal MyTax yang boleh dicapai di https://mytax.hasil.gov.my/.

Selain itu, semakan sekatan perjalanan ke luar negara boleh dilakukan menerusi portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.

Menurut LHDN, sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai dan dikenakan sekatan perjalanan, mereka adalah dimohon untuk membuat bayaran sepenuhnya atau menghubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka untuk tujuan rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.

Maklumat lanjut berkenaan e-Sekatan Perjalanan boleh dirujuk pada soalan lazim menerusi capaian pantas di https://www.hasil.gov.my/individu/lain-lain/soalan-lazim-

individu/.

Selain itu, permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan hubungi HASiL Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau berkunjung ke Pejabat HASiL berhampiran mengikut ketetapan waktu operasi HASiL. -MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here