Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga tempatan yang ditahan kerana terlibat dalam kes pecah rumah dan cubaan membunuh masing-masing direman empat dan enam hari bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek pertama direman selama empat hari bermula hari ini hingga 1 April depan, manakala suspek kedua direman selama enam hari hingga 3 April depan.

Menurutnya, salah seorang suspek yang mengalami kecederaan selepas terkena tembakan telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan peluru dan kini berada dalam keadaan stabil di hospital.

“Semasa insiden, seorang anggota polis turut mengalami kecederaan ringan selepas dirempuh oleh kenderaan suspek.

“Anggota tersebut telah menerima rawatan sebagai pesakit luar dan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil semakan rekod mendapati kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan kes berkaitan dadah sebelum ini. Ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat. Kita juga merampas barangan milik mangsa semasa penangkapan dilakukan.

“Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti kemungkinan penglibatan mereka dalam kes-kes lain,” ujarnya.

Kata beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here