Tangkap layar video tular

MELAKA- Polis menahan lelaki berusia 27 tahun selepas didakwa memukul seorang warga emas dengan topi keledar hingga rebah dalam kejadian di Cheng, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ia susulan pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 17 saat yang tular di Facebook, memaparkan insiden berkenaan hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati video tersebut dimuat naik oleh seorang individu yang menunjukkan pergaduhan di persimpangan masuk Taman Cheng Utama pada 27 Mac lalu.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat bagi tindakan lanjut.

“Insiden pergaduhan dipercayai berpunca daripada salah faham ketika di jalan raya yang berlarutan hingga membawa kepada tindakan fizikal.

“Suspek berusia 27 tahun didapati memukul mangsa berusia 52 tahun menggunakan topi keledar.

“Rakaman percakapan mangsa akan diambil untuk melengkapkan siasatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Christopher turut memaklumkan mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk bertemu dengan pegawai penyiasat bagi memberikan keterangan lanjut.

Mangsa juga telah diberikan borang Pol 59 untuk mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Katanya, pihak polis kini dalam proses merampas sebuah motosikal, topi keledar, serta pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian bagi tujuan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah secara sengaja.

Pagi tadi, tular satu rakaman video berdurasi 16 saat memaparkan seorang lelaki warga emas rebah di tengah jalan dipercayai selepas kepalanya dihentak dengan topi keledar oleh seorang individu yang menunggang motosikal.

Kejadian yang berlaku di jalan Taman Cheng Utama, Melaka itu menimbulkan rasa geram dalam kalangan warganet apabila pergaduhan kecil yang berpunca daripada brek mengejut bertukar menjadi tindakan fizikal yang tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi melibatkan warga emas. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here