Tag: polis melaka
Polis Melaka tumpas kilang haram proses e-waste bernilai RM2.1 juta
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan itu kira-kira jam 11 pagi tadi, pihaknya merampas 300 tan jongkong aluminium bernilai hampir RM2.1 juta yang dipercayai untuk dieksport ke China.
Polis Melaka cadang haramkan vape
Polis Melaka mencadangkan kerajaan negeri supaya mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape susulan peningkatan trend penyalahgunaan dadah sintetik baharu dalam kalangan pelajar sekolah.
Pemuda hentak warga emas dengan helmet ditahan polis
Polis menahan lelaki berusia 27 tahun selepas didakwa memukul seorang warga emas dengan topi keledar hingga rebah dalam kejadian di Cheng, Khamis lalu.
Cuti Aidilfitri: Lebih 221,000 kenderaan dijangka masuk ke Melaka
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, anggaran itu melibatkan 108,000 kenderaan melalui Tol Ayer Keroh, Tol Simpang Ampat (83,000) dan Tol Jasin sebanyak 30,000 kenderaan.
Jualan bunga api, mercun sah bermula 10 Ramadan hingga 10 Syawal...
Polis Melaka masih membuka permohonan bagi mendapatkan lesen dan permit sah untuk menyimpan dan menjual mercun serta bunga api sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.
Bapa, dua anak lelaki jadi tokan dadah RM500,000
Seorang bapa bersama dua anak lelakinya diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah sekitar Muar, Johor dan Jasin di sini sejak tahun lalu.
Lelaki terjerat hutang ambil upah bakar rumah pelanggan ahlong
Akibat terjerat hutang ahlong kerana kalah judi di kasino, seorang lelaki sanggup bekerja dengan ceti haram mengambil upah membakar kenderaan pelanggan sindiket menggunakan bom petrol buatan sendiri, kelmarin.
Polis Melaka terima 16 laporan isu stoking kalimah Allah
Ketuanya, Datuk Zainol Samah berkata, sebanyak 15 laporan dibuat orang awam manakala satu diterima daripada Exco Kerajaan Negeri.
Wanita warga Thailand dalang sindiket dadah tumpas
Polis Melaka menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai turut didalangi dua wanita warga Thailand di sini, Selasa lalu.
Polis Melaka dan PENDIKA capai titik harmoni, perkasa kerjasama
Isu salah faham antara wartawan Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) dan Polis Melaka diselesaikan penuh harmoni dalam satu pertemuan khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Bukit Beruang, di sini petang tadi.

















