Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan kasar penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap peniaga belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) seperti yang tular dalam sebuah video hari ini.

Menurut Hamzah, insiden tersebut mencetuskan persoalan mengenai nilai dan budi pekerti bangsa yang terkenal dengan sikap bertimbang rasa dan sabar.

“Selepas melihat video ini, saya tertanya-tanya… Apakah ini yang ingin kita tampilkan? Di manakah nilai budi bangsaku? Bangsa yang penuh bertimbang rasa, bangsa yang penuh dengan kesabaran, tetapi video ini memaparkan sesuatu yang mengejutkan kita semua,” katanya dalam laman sosial media hari ini.

Beliau turut menyeru agar pihak berwajib mengutamakan nilai kemanusiaan dan bertindak dengan adab terutama ketika menangani peniaga kecil yang hanya mencari rezeki halal.

“Ya Allah Ya Rab, tolonglah dan selamatkanlah negaraku yang tercinta ini,” ujarnya.

Hamzah turut berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden tersebut dan memastikan tindakan sewajarnya diambil bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan.

Insiden itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat apabila video menunjukkan berlaku tolak-menolak antara pegawai penguat kuasa DBKL dan seorang peniaga belon, dipercayai ekoran tindakan rampasan barangan jualan.

Setakat ini, DBKL belum memberikan sebarang respons berkaitan isu ini yang menimbulkan kemarahan rata-rata rakyat pada hari ini. -MalaysiaGazette

PM, menteri diminta ambil peduli kekasaran penguat kuasa DBKL terhadap peniaga tempatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here