KUALA LUMPUR – Kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Puchong di sini dikategorikan sebagai Bencana Tahap Satu.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling, Huzunul Khaidil Mohammed berkata, pihaknya telah membuka Dewan Serbaguna Masjid Putra Height sebagai pusat pemindahan sementara (PPS)
“PPS ini akan beroperasi sepanjang tempoh diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terjamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor giat menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Height, Subang Jaya, yang dilaporkan pukul 8. 10 pagi tadi.
Setakat ini juga, anggota bomba telah berjaya menyelamatkan tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia.
Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa yang terlibat serta tahap kemerebakan api di kawasan perumahan masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette