Civilians check the site of an Israeli strike in a residential area at Tuffah neighbourhood, east of Gaza City, on December 26, 2024, amid the ongoing war between Israel and the Palestinian Hamas movement. - The health ministry in Hamas-run Gaza said on December 26, that 38 people had been killed in the Palestinian territory in the past 24 hours, taking the overall war death toll to 45,399. (Photo by Omar AL-QATTAA / AFP)

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak untuk melaksanakan segera fatwa yang dikeluarkan Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia menghentikan pembunuh beramai-ramai yang berterusan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

Gesaan yang dibuat 32 badan bukan kerajaan termasuk BDS Malaysia, MAPIM, Sekretariat Solidariti Palestin, MyCare, Viva Palestina Malaysia dan CENTHRA Malaysia berkata, fatwa itu membuktikan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin negara-negara Arab dan Islam ketika ini adalah tidak mencukupi.

Ini kerana setiap hari ratusan orang awam di Gaza kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dibunuh dan dibom dengan kejam sehingga badan mereka berkecai.

“Tanpa syak dan ragu lagi, Israel sedang berusaha untuk menyempurnakan rancangan genosid di Gaza dengan secepat mungkin.

“Namun masyarakat dunia, termasuk negara-negara Arab dan Islam, masih tidak melakukan sebarang langkah yang konkrit untuk menyekat genosida tersebut.

“Kami menyeru pemimpin negara Islam, khususnya pemimpin negara kita, untuk mengambil langkah segera untuk melaksanakan fatwa tersebut demi menyelamatkan rakyat Palestin dari dihapuskan secara total oleh rejim Zionis Israel,” katanya.

Menurutnya, tindakan minima yang boleh dilakukan ialah memutuskan hubungan perdagangan dengan organisasi yang disenaraikan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB pada 20 Jun 2024 kerana terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia di Gaza.

Syarikat terbabit adalah BAE Systems, Boeing, Caterpillar, General Dynamics, Lockheed Martin, Northrop Grumman, Oshkosh, Rheinmetall AG, Rolls-Royce Power Systems, RTX dan ThyssenKrupp.

Kerajaan turut digesa memberi amaran kepada institusi kewangan yang turut disenaraikan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB sebagai menyokong pencabulan hak asasi manusia di Gaza melalui aktiviti pelaburan.

Kerajaan menurutnya perlu menyekat aktiviti syarikat terbabit mereka di Malaysia pada masa akan datang jika masih melabur di dalam syarkat-syarikat yang melakukan pencabulan hak asasi manusia di Gaza.

Institusi-institusi kewangan yang disenarai adalah BlackRock, Alfried Krupp von Bohlen und Halbach-Stiftung, Amundi Asset Management, Bank of America, Capital Group, Causeway Capital Management Citigroup, Fidelity Management & Research dan INVESCO Ltd.

Turut disebarai JP Morgan Chase, Harris Associates, Morgan Stanley Norges Bank Investment Management, Newport Group, Raven’swing Asset Management, State Farm Mutual Automobile Insurance, State Street Corporation, Union Investment Privatfonds, The Vanguard Group dan Wellington and Wells Fargo & Company.

Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia mengeluarkan fatwa antara lain menjadi kewajipan jihad bersenjata terhadap penjajah di Palestin bagi setiap Muslim yang mampu di dunia Islam.

Kewajipan mengepung musuh Zionis secara darat, laut, dan udara, termasuk menyekat laluan perairan, selat, serta ruang udara di negara-negara Arab dan Islam.

Israel sehingga kini telah membunuh lebih 50,000 penduduk Palestin dalam serangan berterusan lebih setahun dan berharat menghalau lebih 2 juta penduduk Gaza dan menjajah wilayah itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here