Foto Instagram Era FM.

KUALA LUMPUR – Tiga penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi video tarian dikatakan mempersenda agama bakal kembali ke udara hari ini selepas sebulan digantung tugas.

Menerusi hantaran Instagram Era FM, mereka mengisi semula kekosongan segmen 3 Pagi Era yang dikendalikan sebelum ini.

“Akan kembali, simpan tarikh ini. Hari Isnin, 7 April pada pukul 6 pagi bersama geng 3 Pagi Era,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin berkata, sepanjang ketiga penyampai 3Pagi ERA direhatkan, Sharifah Shahira (Kak Rare), Haziq dan Namie menggantikan tempat mereka.

Beliau bagaimanapun mengakui tuga penyampai 3Pagi ERA Nabil, Azad dan Radin turut teruja untuk kembali bersiaran di studio selepas mereka direhatkan.

“Ini adalah peluang terbaik buat mereka untuk merapatkan semula hubungan mereka dengan pendengar yang tidak henti-hentiu menyokong kerjaya mereka.

“Kembalinya tonggak utama 3Pagi ERA, kami akan teruskan dengan pelbagai aktiviti dan program yang memberi impak positif kepada semua pihak. Golongan yang memerlukan bantuan juga akan kami kenal pasti untuk aktiviti kami yang seterusnya.

“Apa-apa pun, saya mewakili pengurusan ERA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pendengar setiaa ERA yang sentiasa memberi semangat agar kami terus bangkit serta kekal relevan dalam industri penyiaran radio,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tiga penyampai radio segmen berkenaan terpalit dengan kontroversi berkaitan sebuah video tular memaparkan salah seorang daripada mereka menari yang dianggap mempersendakan agama lain.

Meski dihambat kecaman, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa lesen penyiaran Maestra Broadcast Sdn. Bhd., pengendali stesen radio Era FM tidak digantung.

Bagaimanapun, Maestra Broadcast Sdn. Bhd. dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here