Tangkap layar menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu lelaki warga emas memasuki lorong motosikal di Plaza Tol Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.

BATU KAWAN – Seorang lelaki warga emas disaman susulan memandu kereta di lorong motosikal di Plaza Tol Bandar Cassia di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, terdahulu, pihaknya telah terkesan satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok berdurasi 36 saat.

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati insiden berlaku jam 3.30 petang ketika lelaki berusia 75 tahun itu memandu kereta Perodua Axia.

Katanya, susulan itu pihak polis berjaya mengesan lelaki terbabit sebelum memintanya tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki itu dalam perjalanan dari Butterworth menuju Batu Kawan, namun mendakwa tidak menyedari tersilap memasuki ke lorong motosikal.

“Dia hanya sedar selepas terdengar bunyi hon kenderaan lain namun tetap meneruskan perjalanannya.

“Susulan itu, kita mengeluarkan saman terhadap lelaki berkenaan mengikut Peraturan Kaedah 8(3) Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 kerana tidak mematuhi papan tanda di laluan trafik,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan seorang lelaki melakukan pemanduan kereta jenis Axia di lorong motosikal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here