Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif merasmikan Pembukaan Laluan Pejalan Kaki Bertutup yang menghubungkan Stesen LRT Taman Melati ke Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) di University of Management and Technology (TAR UMT), Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini merasmikan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 350 meter yang menghubungkan Stesen LRT Taman Melati ke Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT).

Kemudahan ini memperkukuh usaha DBKL dalam menyediakan infrastruktur awam yang selesa, selamat dan lestari untuk warga kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, projek ini dibangunkan dengan kos RM600,000 hasil kolaborasi strategik antara Radium Development Berhad, TAR UMT dan DBKL.

“Kemudahan ini bukan sahaja memberikan perlindungan kepada pejalan kaki daripada cuaca panas dan hujan, malah menyumbang kepada kelestarian bandar menerusi pemasangan panel tenaga solar dan penanaman pokok menjalar yang membantu menyejukkan suhu persekitaran.

“Laluan ini dijangka memberi manfaat besar kepada pelajar, kakitangan universiti dan penduduk sekitar kawasan Taman Melati dan Setapak,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Pembukaan Laluan Pejalan Kaki Bertutup yang menghubungkan Stesen LRT Taman Melati ke Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) di TAR UMT, hari ini.

Maimunah menyifatkan pembangunan laluan ini sebagai langkah penting ke arah merealisasikan matlamat Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040), yang menjadikan ibu negara ini sebuah bandar berhubung, berdaya tahan dan mesra rakyat.

“Projek ini juga seiring dengan inisiatif Green Connector yang menjadi fokus pembangunan DBKL bagi tahun 2025.

“Inisiatif ini bertujuan menyediakan laluan sambungan yang selesa antara taman-taman, stesen pengangkutan awam, pusat pendidikan dan kawasan perniagaan, sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar.

“Saya percaya infrastruktur seumpama ini dapat membudayakan semula amalan berjalan kaki dalam kalangan warga kota,” tambahnya.

Sebagai bandar yang kini memegang jawatan Pengerusi ASEAN 2025, Maimunah menegaskan, projek seperti ini memperlihatkan wajah Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu kota yang bersih, indah dan progresif di mata rantau dan dunia.

“DBKL percaya dengan kolaborasi yang berterusan antara sektor awam, swasta dan institusi pendidikan, lebih banyak kemudahan awam dapat dibangunkan demi meningkatkan kualiti hidup rakyat dan membina masa depan bandar yang inklusif dan lestari,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here