Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir Majlis Amazing Syawal UPTM 2025 di sini hari ini. Foto Facebook Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) berjaya memperoleh Platinum Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) sekaligus muncul satu-satunya Institusi Pendidikan Tinggi Mara (IPMA) yang berjaya mendapatkan status itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pencapaian itu akan menjadikan UPTM iaitu universiti kedua Mara-Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebagai universiti pilihan utama di peringkat nasional serta seterusnya di antarabangsa.

Beliau juga berbangga kerana UPTM turut menubuhkan Institut Kajian Ekonomi Bumiputera (IKEB) pada 30 Ogos tahun lalu bagi membantu kerajaan dalam mengkaji
dan mengumpulkan data-data berkaitan bumiputera seterusnya memastikan semua agenda Kongres Ekonomi Bumiputera dilaksanakan.

“Dalam bidang teknologi pula, saya saya akan terus menyokong usaha UPTM dalam membangunkan program baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan akan menjadi IPTS pertama menawarkannya.

“Saya juga mengalu-alukan usaha UPTM menjalinkan kerjasama stategik dengan Telekom Malaysia One (TM One) dengan mewujudkan Centre of Excellence yang berfokuskan bidang AI dan Teknologi Pendidikan (EduTech),” katanya ketika berucap pada Majlis Amazing Syawal 2025 di kampus utamanya di sini hari ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir Majlis Amazing Syawal UPTM 2025 di sini hari ini. Foto Facebook Zahid Hamidi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Canselor Universiti UPTM, Prof. Madya. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menambah, sebagai institusi pengajian tinggi di bawah naungan Mara dan KKDW, UPTM perlu memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk masa depan generasi muda Bumiputera khususnya dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran global.

Dengan statusnya sebagai universiti kedua Mara-KKDW, beliau percaya UPTM berpotensi besar untuk melonjak ke hadapan sebagai peneraju dalam bidang pendidikan profesional dan pembangunan kepimpinan masa hadapan.

“Kita turut meraikan beberapa siri kejayaan yang telah dicapai oleh UPTM yang dikenali juga sebagai Amazing UPTM. Sepertimana kita semua sedia maklum, dalam tempoh dua
tahun kewujudan UPTM dinaiktaraf menjadi universiti penuh, kita telah melihat pelbagai kejayaan seperti peratusan kebolehpasaran graduan yang telah mencapai 93.1 peratus dari 91.5 peratus.

“Saya berbangga apabila UPTM kini menjadi salah satu universiti pilihan dalam bidang profesional, teknologi, pendidikan dan sains sosial dengan peningkatan kemasukan pelajar baharu sebanyak 18 peratus pada tahun 2024,” katanya. – MalaysiaGazette

 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir Majlis Amazing Syawal UPTM 2025 di sini hari ini. Foto Facebook Zahid Hamidi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here