Situasi terkini selepas hujan lebat berterusan sejak jam 2 pagi tadi menyebabkan kawasan di Kampung Kuala Sungai Baru dan sekitarnya dinaiki air akibat limpahan air sungai Klang ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Putra Heights. Selangor. Foto HARI ANGGARA, 11 APRIL 2025
KUALA LUMPUR – Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, antara kawasan terlibat ialah Kampung Sungai Merab Luar di Kajang dan Taman Sri Jaya di Klang.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.34 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil dengan enam anggota dikerah ke lokasi.

Tambahnya, pasukan operasi mendapati banjir kilat sedalam kira-kira 1.2 meter membabitkan 12 rumah di kawasan tersebut.

“Seramai 15 mangsa dibawa keluar oleh pasukan operasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here