Penyanyi, Tunku Ines Najihah Raden bergambar pada pelancaran single terbaru yang berjudul 'Radar' ketika di Hotel Sofitel, Bukit Damansara. Foto MOHD ADZLAN, 11 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Penyanyi muda yang dilahirkan dalam keluarga kerabat diraja, Tunku Ines Najihah Raden, 21 tahun atau Lebih dikenali sebagai Ines nekad aktif menerokai dunia seni nyanyian dan menjadikan bidang muzik sebagai pilihan kerjaya profesional.

Ines ketika ditemubual Malaysia Gazette memberitahu, kemunculan single keduanya bertajuk Radar adalah susulan lagu Andai yang dikeluarkan September tahun lalu.

Katanya, lagi berentak balada pop rock itu membawa kelainan dengan menerapkan penceritaan yang digambarkan sebagai ekspresi solo sebenar pertamanya.

“Radar tampil dengan genre balada pop rock, manakala liriknya adalah kisah seorang wanita muda yang berdepan dengan persoalan tidak terjawab setelah kehilangan insan yang dicintai.

“Lagu ini adalah hasil ciptaan Shazriq Azeman, Omar K dan Iqie Hugh ini dirakam selama tiga hari merentasi Kota Jakarta dan Pantai Goa Langir Sawarna di Banten, Indonesia dengan klip videonya dihasilkan PT Lvcid Surya Kreatif,” kata Ines ketika Majlis Pelancaran Lagu Radar di Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dan isterinya Tunku Datuk Seri Mimi Wahida Raden bergambar ketika hadir pada pelancaran single terbaru anaknya Tunku Ines Najihah Raden yang berjudul ‘Radar’ ketika di Hotel Sofitel, Bukit Damansara. Foto MOHD ADZLAN, 11 APRIL 2025.

Jelas puteri kepada Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Raden memaklumkan, beliau kini perlu membahagikan masa untuk fokus kepada bidang nyanyian dan dalam masa sama menggalas tanggungjawab sebagai pelajar tahun akhir aliran sains komputer di University of Nottingham di Semenyeh.

Sementara itu, ayahandanya Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin berkata, minat anaknya dalam bidang nyanyian sangat mendalam dan mereka sekeluarga akan terus memberi sokongan sekiranya karier seni menjadi pilihan Ines.

“Dalam bidang pekerjaan sepatutnya kita perlu mencari kerja yang minat, dia ada impian untuk jadi penyanyi jadi kita perlu sokong jika dia buat sesuatu yang tidak suka pastinya tidak akan sepenuhnya bermotivasi, ini yang dia minat jika dia boleh berjaya itu sesuatu yang bagus,” katanya.

Menurut bondanya Tunku Datuk Seri Mimi Wahida Raden, puterinya seorang yang berani sejak kecil dan sering menonjolkan diri sekiranya ada majlis keramaian.

Penyanyi, Tunku Ines Najihah Raden beramah mesra bersama tetamu pada pelancaran single terbaru yang berjudul ‘Radar’ ketika di Hotel Sofitel, Bukit Damansara. Foto MOHD ADZLAN, 11 APRIL 2025.

“Dia minat dalam bidang seni jadi kami sokong walaupun mencabar asalkan dia habiskan pengajian ijazah, Ines memang seorang yang berani sejak dari kecil, sekiranya dia pergi kemana-mana sambutan hari jadi, dia akan ke depan untuk naik ke pentas,” jelasnya

Majlis Pelancaran Lagu Radar nyanyian Ines yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini berlangsung meriah dengan dihadiri keluarga, sahabat handai, rakan media dan selebriti tempatan seperti Che Puan Sarimah Ibrahim selaku pengacara majlis, Datuk Hattan dan Che Puan Jeslina Hashim. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here