KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong berjanji untuk membantu pakar urus tanah dan jurulatih penjenamaan diri Muhammad Khairul Jamain dalam isu ‘pencerobohan tanah’ mengikut lunas undang-undang.
Janji tersebut diberikam Firdaus menerusi panggilan video WhatsApp lebih 13 minit dengan Muhammad Khairul.
“Bayangkan kekecewaannya apabila e mel kepada pihak berwajib tidak dibalas selepas tiga bulan tetapi laporan seorang individu pada sebelah pagi terus diambil tindakan pada petang hari yang sama!
“Dia tak pacak rumah ibadah, rumah mahu pun menternak lembu atau kambing berekar-ekar tetapi sekadar terkhilaf membersihkan rizab tanah sungai sepanjang 150meter untuk membina jalan masuk ke tanah miliknya sendiri.
“Takkan kena pacak rumah ibadah, bina rumah, ternak lembu atau kambing, libatkan ahli politik baru dengan ayat ‘takut timbul ketegangan kaum dan agama’ baru adanya budi bicara?” soalnya.
Firdaus berkata, Muhammad Khairul bersedia untuk membayar kompaun tetapi bukan dengan jumlah tidak terlalu tinggi.
Pendakwah itu turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menyita jentera excavator yang menjadi satu-satunya punca pendapatan kepada pemilik.
“Excavator kontraktor dilantik yang menjadi satu-satunya sumber pendapatan disita sejak Februari sehingga kini? Kalau penceroboh tanah yang bina rumah ibadah, jangan kata sita harta tetapi siap berbincang dengan baik, diberikan masa berpindah yang adakalanya mengambil masa bertahun-tahun untuk mereka berpindah dan tidak kurang yang diberikan tanah percuma dan pampasan wang ringgit!
“Persoalannya ialah dimana budi bicara dan consistency dalam penguatkuasaan? Kami berjanji dengan saudara Khairul yang kami akan bantu apa yang termampu mengikut lunas undang-undang. Rakyat bersatu mendaulatkan undang-undang!” katanya.
Muhammad Khairul dalam perkongsian di media sosial mempersoalkan layanan dua darjat terhadap beliau berbanding penceroboh kebun durian haram di Raub, Pahang dan penceroboh tanah di Dengkil, Selangor.
Beliau berkata, tindakan terhadapnya diambil beberapa jam selepas aduan diterima berhubung kerja membuat jalan sejauh 150 meter ke tanah yang dibelinya.
Muhammad Khairul menambah, mereka kini berdepan pertuduhan bawah Seksyen 425 dan 426(5) Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Ceroboh tanah: Beza sungguh layanan di Raub, Dengkil dengan kami
Tahniah lah pihak berkuasa tempatan anda sebenarnya pejuang yg berjaya membuat orang melayu makin membenci kamu semua, sedangkan kamu semua melayu yg telah dijinakkan umpama harimau yg dikurung di kandang dgn hidangan daging WAGYU yg belum tentu HALAL sembelihan..Semuga cepatlah KIFARAH untuk kamu semua (pengkhianat bangsa)