Gambar hiasan

MELAKA – Polis Melaka sedang mengesan seorang lelaki selepas disyaki merakamkan video dan gambar isteri, dua kakak ipar dan anak saudara perempuannya di dalam tandas dan bilik tidur menggunakan kamera pengintip berbentuk pen.

Kejadian terbongkar selepas isterinya, berusia 27 tahun terjumpa kamera pengintip berkenaan di dalam beg suaminya itu, berusia 35 tahun di rumah mereka di Lereh, Tanjung Kling di sini pada Jun tahun lalu.

Menurut sumber walaupun curiga, wanita itu yang bekerja sebagai operator kilang takut untuk bertanyakan hal itu kepada suaminya sehinggalah dia memberanikan diri menyemak kandungan fail di dalam pen kamera itu antara Jun hingga Oktober tahun lalu.

“Wanita itu turut membuat semakan di komputer riba suaminya tanpa pengetahuan juruteknik kilang itu dan mendapati ada beberapa keping rakaman video dan gambar ahli keluarganya.

“Rakaman gambar dan video menunjukkan dua orang kakaknya berusia 38 dan 40 tahun serta anak saudara perempuanya berusia 14 tahun di dalam bilik mandi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sumber berkata, pemeriksaan di telefon bimbit suami juga menjumpai video rakaman kakaknya berada di dalam bilik tidur dan bilik air yang dirakam secara curi-curi.

“Pada Oktober lalu, akibat tidak tahan memendam rasa, pengadu bertanyakan perkara itu kepada suaminya dan dia memaklumkan tidak tahu mengapakah dia melakukan perkara tersebut.

“Lelaki itu mengaku telah membuat kesilapan yang mana telah meletakkan kamera pen tersebut di dalam bilik mandi ahli keluarga isterinya termasuk membuat rakaman kakak iparnya di bilik tidur,” tambahnya.

Jelasnya, selepas kejadian itu, wanita berkenaan telah meminta untuk berpisah sebelum pasangan itu yang mempunyai dua anak bercerai pada Januari lalu.

“Bimbang dengan sebarang kejadian tidak diingini pada masa hadapan, bekas isterinya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam, pagi tadi,” tambahnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here