Suasana di Jalan al-Jalaa, Bandar Gaza, November 14, 2024. Foto AFP

GAZA – Angka kematian penduduk Palestin di Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 51,000 sejak tercetusnya konflik pada 7 Oktober. 2023, kata pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Selasa.

Dalam satu kenyataan akhbar, pihak berkuasa kesihatan berkata, sejumlah 116,343 yang lain telah cedera dalam serangan berterusan tentera Israel.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin terbunuh dan 69 yang lain cedera akibat serangan udara Israel dan tembakan meriam di pelbagai kawasan di wilayah tersebut, kata pihak berkuasa kesihatan itu.

Menurutnya, ramai mangsa masih kekal di bawah runtuhan disebabkan serangan berterusan dan ketiadaan koridor selamat telah menghalang kerja-kerja menyelamat.

Sejak menyambung semula operasi ketenteraan Israel pada 18 Mac tahun ini, 1,630 rakyat Palestin telah terbunuh dan 4,302 yang lain cedera, tambahnya.

Semenanjung Gaza terus berdepan situasi kemanusiaan yang semakin teruk di tengah-tengah keadaan keselamatan yang semakin merosot dan akses terhad kepada usaha bantuan, menurut pihak berkuasa kesihatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast