KUALA LUMPUR – Penyerang pinjaman Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad memberi bayangan dia akan meninggalkan pasukan Sang Kenari dalam masa terdekat.
Musim ini, Syafiq yang berusia 29 tahun hadir ke Kedah sebagai pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT).
Namun menerusi Instagram miliknya, pemain kebangsaan itu memaparkan sebuah lori sedang mengangkut barang-barang dari rumahnya.
“Dua kali kami memilih untuk kembali ke negeri (Kedah) tapi bukan rezeki kami. Semoga dipermudahkan segala urusan. Seterusnya 2025/2026,” kongsinya di di Instagram miliknya.
Kelibat Syafiq di padang latihan bersama pasukan Kedah juga sudah lama tidak disaksikan di mana kali terakhir dia turun beraksi bersama Kedah ialah pada 10 Januari lalu apabila beliau masuk sebagai pemain gantian ketika Kedah berdepan Kelantan Darul Naim FC.
Syafiq Ahmad memberi bayangan akan meninggalkan skuad Sang Kenari.
Pemain kelahiran Sungai Ara, Pulau Pinang itu sebelum ini pernah kembali ke Kedah buat kali pertama pada musim 2022 namun jodohnya bersama Kedah ketika itu hanya bertahan enam bulan sebelum kembali ke JDT.
Syafiq sekali lagi dipinjamkan ke Kedah pada awal musim 2024/2025 namun tempoh pinjaman selama semusim akan tamat pada penghujung bulan ini.
Dia bakal berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat kesebelasan utama jika kembali ke JDT.
Ini kerana persaingan sengit daripada pemain import Harimau Selatan seperti Bergson da Silva, Heberty Fernandes, dan Romel Morales sebelum ini menyaksikan Syafiq banyak memanaskan bangku simpanan sahaja. – MalaysiaGazette
Rata-rata netizen dilihat mengkritik pemakaian Johan yang disifatkan tidak mematuhi etika pemakaian ketika menghadiri Istiadat Pengebumian Bekas Perdana Menteri itu.