Datuk Andy Kuek.

KUALA LUMPUR – Planworth melakar sejarah sebagai syarikat pertama dalam industri pembiayaan alternatif melancarkan sistem Kod QR untuk pengesahan serta-merta bagi dokumen rasmi pelanggan.

Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Andy Kuek berkata, inisiatif itu dilaksanakan berikutan peningkatan permintaan terhadap Surat Sokongan Kewangan syarikat daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Ia bagi meningkatkan keyakinan pengeluar kontrak sekali gus mentakrifkan semula piawaian ketelusan, integriti dan keselamatan.

“Selain daripada Surat Sokongan Kewangan, Surat Tawaran Indikatif dan Surat Tawaran Pembiayaan juga akan dilengkapi dengan Kod QR unik yang membolehkan pengeluar kontrak mengesahkan kesahihan dokumen serta-merta melalui portal pengesahan digital Planworth.

“Hanya dengan satu imbasan menggunakan peranti mudah alih, ia lebih pantas, tepat dan selamat sebagai peneraju industri serta perintis dalam membentuk ekosistem pembiayaan yang lebih kukuh dan telus di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Planworth yang merupakan anak syarikat Grand Columbia Group kini menjadi peneraju terkemuka dalam pembiayaan invois tanpa cagaran dan pembiayaan rantaian bekalan di Malaysia.

Andy Kuek menambah, pihaknya sentiasa mencari cara baharu untuk memberikan perkhidmatan yang lebih bernilai, selamat dan dipercayai demi kepentingan PMKS  dalam usaha mempercepatkan perkembangan perniagaan mereka

“Penggunaan Kod QR ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk meningkatkan keselamatan serta membina kepercayaan jangka panjang bersama pelanggan dan pengeluar kontrak.

“Penggunaan Kod QR untuk pengesahan dokumen telah diamalkan di peringkat antarabangsa oleh syarikat multinasional dan agensi kerajaan seperti di Singapura, Eropah, dan Amerika Syarikat.

“Dengan mengadaptasi teknologi ini, Planworth membuktikan syarikat tempatan juga mampu menyaingi serta mengintegrasikan amalan terbaik dunia ke dalam operasi harian, sekaligus meningkatkan kredibiliti syarikat di mata pelanggan, rakan niaga dan komuniti perniagaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here