Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) menerima buku ketika pelancaran pada Majlis Peluncuran Coffee Table Book, Buku Helang Samudera: Perisai Maritim Negara oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 22 APRIL 2025.

PUTRAJAYA – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan melancarkan buku Coffee Table Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bertajuk ‘Helang Samudera: Perisai Maritim Negara’.

Helang Samudera: Perisai Maritim Negara berkisar perjalanan, pengorbanan dan pencapaian APMM sepanjang dua dekad.

Buku ini diterbitkan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), bersempena ulang tahun ke-20 agensi itu pada 15 Februari 2025.

Kepten Maritim, Asmawati Mohd Tujeri menunjukan buku Helang Samudera: Perisai Maritim Negara yang dilancarkan hari ini. Foto HARI ANGGARA, 22 APRIL 2025.

Buku yang berhalaman 180 muka surat itu bukan sekadar himpunan fakta dan statistik.

Bahkan ia menghimpunkan kisah dengan pendekatan menyentuh jiwa, menghidupkan kembali detik-detik mencabar, kejayaan membanggakan serta semangat perjuangan wira-wira laut yang sering berdepan dengan ancaman dan bahaya demi memastikan negara  kekal selamat.

Selain itu, buku tersebut turut menyorot isu-isu penting negara seperti penyeludupan manusia dan barangan terlarang, jenayah rentas sempadan, pencerobohan perairan oleh nelayan asing serta jenayah rompakan di laut.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) berkenan melakukan lawatan ke ruang pameran ketika hadir pada Majlis Peluncuran Coffee Table Book, Buku Helang Samudera: Perisai Maritim Negara oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 22 APRIL 2025.

Setiap satunya  digarap daripada kisah-kisah sebenar operasi di lapangan dan memaparkan keberanian anggota berdepan dengan cabaran dan bahaya ketika bertugas.

Salah satu bab yang menarik dalam buku ini ialah kejayaan operasi dan pencapaian APMM sepanjang 20 tahun, termasuk misi menyelamat kapal karam, penangkapan kapal penyeludup dan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang berjaya menyelamatkan banyak nyawa di laut.

Pelancaran dibuat di sebuah hotel dan baginda diiringi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan hadir sama timbalan menteri, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here