Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berucap pada Pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2024 serta Pelancaran Laporan Kelestarian 2024 Lembaga Zakat Selangor di Menara Zakat Sultan Idris Shah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 23 APRIL 2025.

SHAH ALAM – Setakat ini, sebanyak 166 asnaf dikenal pasti di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menjadi mangsa kebakaran kebocoran paip di Putra Heights, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari berkata, bagaimanapun pihaknya masih mengenal pasti jumlah terkini dari semasa ke semasa.

“Kita belum muktamadkan lagi jumlahnya, termasuk berapa (asnaf) yang terjejas dan terlibat,” katanya ketika sidang media pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan LZS 2024 di Menara Zakat Sultan Idris Shah, hari ini.

Dalam masa yang sama katanya, LZS juga sedang mendapatkan data terkini mangsa tragedi itu untuk menyalurkan bantuan membina dan membaiki rumah asnaf yang terjejas akibat insiden tersebut.

“Kita sedang mengenal pasti semua mangsa (melalui data ke arah data yang diproses dan dipantau kerajaan negeri).

“Jadi kita ada semua nama yang terkesan dan nama yang rumahnya terkesan. Rumah terkesan pula ada dua kategori iaitu kerosakan total (total lost) dan lebih 50 peratus rosak.

“Kita akan akses semula dan tengok keperluan (mereka) akan datang,” jelasnya.

Terdahulu, Mohd Khaidzir memaklumkan LZS telah menyalurkan bantuan sebanyak RM500 kepada lebih kurang 300 keluarga beragama Islam yang menjadi mangsa kebakaran, seminggu selepas kejadian berkenaan.

Kebakaran pada salur paip milik Petronas yang berlaku pada 1 April lalu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya manakala kediaman yang alami kerosakan struktur melebihi 40 peratus.

Sebanyak 81 rumah separa musnah dan 57 lagi terkesan tetapi tidak terbakar.

Manakala, sebanyak 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here