Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Menara Kuala Lumpur (MKL) akan dibuka semula kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya masih menunggu maklumat rasmi daripada pengurusan Menara Kuala Lumpur berhubung status pembukaan semula.

“Menara KL merupakan struktur penting negara dan dikategorikan sebagai kawasan sensitif kerana menempatkan menara pemancar yang terus berfungsi dengan baik,” katanya pada sidang media mingguan di kementeriannya, di sini, hari ini.

Sementara itu Fahmi memberitahu, aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung akan menjadi keutamaan kerajaan sebelum pembukaan semula dilakukan.

“Kita harap beberapa perkara yang telah dimaklumkan sebelum ini untuk ditambah baik dan diselenggara dapat diselesaikan segera agar orang ramai dapat kembali menikmati keunikan Menara Kuala Lumpur dalam keadaan selamat dan selesa,” tambahnya.

Sebelum ini media melaporkan, Menara Kuala Lumpur ditutup sementara bagi tujuan penyelenggaraan serta penilaian keselamatan struktur manakala, tarikh rasmi pembukaan semula akan diumumkan sebaik kerja-kerja berkaitan selesai dan diluluskan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Sejak dibuka pada 1996, menara tersebut telah menjadi daya tarikan pelancongan yang mempesonakan, menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan pengalaman pelancongan bertaraf dunia kepada para pengunjung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast