Gambar hiasan

KLUANG – Polis menahan seorang pemuda selepas dipercayai terlibat mencederakan dan mengugut seorang lelaki di hadapan sebuah stesen minyak di Parkland di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah di sini memberkas suspek di Taman Berlian Biru di sini pada pukul 10 pagi tadi dalam Ops Cantas.

“Suspek yang berusia 28 tahun mempunyai empat rekod jenayah dadah dan saringan air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine

“Siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pukul 6.15 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Suspek turut disiasat bawah bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dipenjara sehingga dua taun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang menerusi talian 07-7784222, 07-7784256; hotline 07-7766822 atau 014-3656822.

Terdahulu tular video kejadian tersebut dalam media sosial yang memaparkan pertengkaran antara dua lelaki dan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Seorang daripada lelaki tersebut yang memandu MPV kemudian bertindak menendang beberapa kali kereta berkenaan sebelum beredar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here