Tertuduh, Azizul Hamis@Jainy, 40, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka hari ini atas pertuduhan mencabul rakan sekerjanya, minggu lalu.

ALOR GAJAH – Seorang tukang cuci mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini atas pertuduhan mencabul rakan sekerjanya, minggu lalu.

Tertuduh, Azizul Hamis@Jainy, 40, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Aiza Khairuddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan kekerasan jenayah mencabul kehormatan seorang wanita berusia 21 tahun dengan cara menarik baju dalam dan menghisap payudara mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik rehat sebuah kilang di Simpang Ampat dalam daerah Alor Gajah kira-kira jam 3.30 petang 18 April 2025.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau keduanya sekali daripada hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain tidak menawarkan jaminan tetapi mencadangkan RM15,000 dengan seorang penjamin sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara beserta syarat tambahan.

Peguam Mohd. Fadzlullah Ramlee yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya dan isteri bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan tidak lebih RM1,500 selain menanggung dua anak yang masih kecil.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dipohon pendakwaan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Kes akan disebut semula 10 Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here