KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) merakamkan ucapan takziah atas pemergian pemimpin tertinggi Gereja Katolik, Pope Francis yang disifatkan sebagai suara nurani dunia dan simbol keberanian moral dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemergian Pope Francis merupakan satu kehilangan besar kepada komuniti antarabangsa khususnya dalam konteks perjuangan menentang kezaliman dan ketidakadilan global.

“Beliau tampil sebagai suara tegas dalam menyuarakan kekejaman rejim Zionis di Gaza, yang dilihat mempunyai ciri-ciri genosid. Ini satu kenyataan berani tatkala ramai pemimpin dunia memilih untuk berdiam diri atau bersubahat,” katanya di Facebook hari ini.

Menurut Mohamad, Pope Francis telah meniupkan semangat ke dalam jiwa penganut Katolik untuk bangkit menentang ketidakadilan, meletakkan isu Palestin sebagai perjuangan kemanusiaan yang melangkaui sempadan agama dan bangsa.

Amanah turut mengkritik sikap segelintir pemimpin dunia Arab yang dilihat lebih mementingkan kemewahan berbanding nasib rakyat Palestin.

Kenyataan itu turut menyentuh sikap beberapa mufti dan ulama yang didakwa lebih mementingkan kedudukan berbanding tanggungjawab membimbing umat dalam isu-isu kemanusiaan seperti konflik Palestin.

Amanah menegaskan perjuangan menentang kezaliman zionis bukan milik satu agama semata-mata tetapi  tanggungjawab kemanusiaan sejagat dan Pope Francis telah menjadi lambang kepada semangat tersebut.

Isnin lalu, Paus Francis telah meninggal dunia akibat strok dan kegagalan jantung yang tidak dapat dipulihkan.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here