KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang diedarkan hari ini.
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan tegas dan serta -merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.
Malah siasatan terperinci juga sedang dijalankan.
“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara,” tegasnya.
Tambah KPM, laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan. -MalaysiaGazette