KUANTAN – “Sri Pahang menang 2-1 pada final Piala Malaysia”.
Itu harapan besar Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada skuad Tok Gajah pada perlawanan final Piala Malaysia pada Sabtu ini.
Positif mengharapkan kemenangan, Wan Rosdy menyeru rakyat Pahang dan peminat pasukan bola sepak Sri Pahang FC hadir memberi sokongan di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sorokan semangat kepada pasukan itu.
Menurutnya, kehadiran penyokong dapat menyemarakkan semangat pemain di bawah pimpinan Fandi Ahmad yang akan berdepan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final merebut piala berprestij itu.
”Belilah tiket dan penuhi stadium bagi sorakan pada Sri Pahang. Saya menyeru penyokong Sri Pahang beramai-ramai memberi sokongan kepada Skuad Tok Gajah pada aksi final Piala Malaysia Sabtu ini,” katanya.
Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui media pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Untuk rekod, kali terakhir Sri Pahang melangkah ke pentas final Piala Malaysia itu pada tahun 2014 dan bergelar juara pada musim itu selepas menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 .
Maka tiada yang mustahil buat skuad Tok Gajah untuk mengulangi pencapaian itu bia rpun menentang pasukan Harimau Selatan.
Atas kertas, Skuad JDT dilihat memiliki kelebihan bukan sahaja berstatus juara bertahan malah bergelar juara Liga Super musim 2024/2025. – MalaysiaGazette