PARIS – Seorang remaja perempuan terbunuh dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah swasta di barat Perancis.
Tiga lagi cedera termasuk seorang kritikal.
Serangan itu berlaku di sekolah Notre-Dame-de-Toutes-Aides di Nantes pada petang Khamis.
Penyerang telah ditahan oleh seorang guru di tempat kejadian.
Dia kemudian diserahkan kepada polis tetapi dimasukkan ke hospital selepas pemeriksaan psikiatri.
Suspek dikatakan telah menghantar e-mel kepada para pelajar lain sejurus sebelum serangan.
Anggota polis dan tentera serta perkhidmatan kecemasan telah dikerah ke lokasi kejadian.
Pihak berkuasa membantu pelajar meninggalkan kawasan sekolah secara beransur-ansur dari 3.30 petang waktu tempatan (13:30 GMT), selepas ibu bapa dimaklumkan mengenai tragedi tersebut.
Sekolah itu mempunyai kira-kira 2,000 pelajar dan mendidik pelajar dari taska hingga sekolah menengah, menurut laman webnya.
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengesahkan kematian di X dan memuji tindakan pantas guru di tempat kejadian.
“Dengan campur tangan guru, berupaya menghalang tragedi selanjutnya. Keberanian mereka satu penghormatan”.
Selepas serangan itu, Perdana Menteri François Bayrou menggesa keselamatan di sekolah dipertingkatkan. – Agensi