Delegasi UMSfm bersama Pengurus Jabatan Perhubungan Awam dan Semakan Rancangan Arirang Radio, Lee Moon-Hyung (tiga dari kiri).

KUALA LUMPUR – Dalam usaha memperluas jaringan antarabangsa dan memperkasa bidang penyiaran, radio kampus Universiti Malaysia Sabah (UMSfm) melaksanakan misi lawatan strategik ke Korea Selatan melibatkan universiti dan stesen penyiaran kebangsaan di negara tersebut.

Lawatan selama empat hari itu menyaksikan delegasi UMSfm mengadakan sesi lawatan dan perbincangan bersama KBS World Radio, Arirang Radio dan Yonsei Universiti bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang penyiaran digital, pembangunan media kampus, serta pertukaran budaya dan akademik.

Menurut Pengurus stesen UMSfm, Dr. Intan Soliha Ibrahim, inisiatif tersebut merupakan langkah proaktif dalam memperkasa radio UMSfm dan UMS di peringkat antarabangsa.

“Misi ini membuka peluang besar untuk UMSfm mempelajari trend penyiaran terkini dalam menghasilkan kandungan, kolaborasi antarabangsa dalam bidang penyiaran, penyelidikan bersama, serta inovasi media digital.

“Antara inisiatif yang dirancang termasuklah pertukaran program siaran pelajar, kolaborasi penyelidikan bersama dalam bidang komunikasi media, serta pelaksanaan program latihan industri merentas sempadan,” ujarnya.

Selain itu juga, delegasi UMSfm turut diberikan pendedahan kepada teknologi penyiaran terkini di Korea, termasuk penggunaan platform penyiaran digital pelbagai bahasa dan integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan stesen radio.

Misi lawatan ini dijangka membuka jalan kepada pelbagai program susulan yang akan memperkukuh lagi kedudukan UMSfm sebagai peneraju inovasi penyiaran kampus di Malaysia.

Turut bersama delegasi tersebut, Pegawai Penerbit Rancangan UMSfm, Feria Lee; Penerbit Rancangan UMSfm, Norhazimah Radik dan Khairil Fitri Abdul Karim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here