Datuk Iskandar Abdul Samad. foto SYAFIQ AMBAK, 10 MAC 2019
Iskandar A. Samad.

KUALA LUMPUR – Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung dakwaan cuba pengaruhi Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) Singapura.

“Saya sedang draf jawapan saya. Kena tunggu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Bekas Naib Presiden Pas itu berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media yang mendakwa beliau dan seorang lagi pemimpin parti itu telah dikenal pasti cuba campur tangan dalam PRU2025 Singapura.

Individu kedua adalah Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar.

Terdahalu, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengeluarkan arahan kepada Meta untuk menyekat akses kepada beberapa contoh Iklan Pilihan Raya Online (OEA) yang dimuat naik di Facebook oleh warga asing termasuk dua pemimpin Pas.

Perkara itu dikenal pasti oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Jabatan Pilihan Raya (ELD).

MHA dan ELD menambah bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen (PEA) untuk warga asing menyertai aktiviti pilihan raya atau menerbitkan OEA.

Lapor Berita Harian Singapura, kedua-duanya telah mengeluarkan hantaran di Facebook yang menyiarkan komen mereka terhadap politik Singapura.

Malah terdapat satu penerbitan PAS, Harakah Daily, yang telah menyiarkan dua artikel pada 22 dan 23 April, tentang komen Iskandar mengenai keadaan masyarakat Melayu di Singapura dan PRU 2025.

Kedua-dua artikel itu bertajuk, ‘PRU Singapura: Calon Melayu semakin menonjol’ dan ‘Jangan ulangi senario Melayu ‘disingkir’ dari bandar’. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here