Jacquita Gonzales menyalakan lilin pada upacara memperingati tahun kedua kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 di Jalan Gasing, Petaling Jaya Foto FAREEZ FADZIL, 08 MAC 2016.

KUALA LUMPUR – Jacquita Gonzales isteri kepada penyelia penerbangan MH370, Patrick Francis Gomes meninggal dunia hari ini.

Kematiannya mendiang yang berusia 62 tahun itu diumumkan oleh laman Facebook MH370 Families petang ini.

“Jacquita adalah ahli Voice370 yang bertenaga dan dinamik, sentiasa berada di barisan hadapan dalam usaha kami dan tokoh utama yang mewakili ahli keluarga (krew MH370),” kata halaman itu dalam catatan Facebook.

Mendiang dalam temubual pada 7 Mac tahun lalu berharap agar pencarian pesawat MH370 diteruskan semula, agar kehilangannya tidak kekal menjadi misteri selain memastikan perkara sama tidak berulang.

“Saban tahun, keadaan sudah berubah dan kami sedar bahawa kami tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya, tetapi kami tetap menunggu pencarian semula pesawat, tetapi kami tetap meneruskan kehidupan kami, dengan pergi bekerja. Ini adalah tragedi tetapi kita tidak boleh biarkan ia menghalang kita daripada meneruskan kehidupan,” katanya.

MH370 hilang pada 8 Mac 2014 selepas 40 minit berlepas dari Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Beijing, dengan 239 orang di dalamnya.

Kehilangan MH370 kekal sebagai salah satu misteri terbesar dalam penerbangan kerana pesawat itu masih belum ditemui walaupun misi pencarian paling lama dan paling mahal dalam sejarah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here