Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad

JOHOR BAHRU – Cadangan meletakkan Nurul Izzah Anwar sebagai calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pemilihan PKR 2025 dilihat langkah tepat dalam memperkukuh kepimpinan parti.

Ketua PKR Cabang Pulai, Muhammad Faezuddin Mohd Puad berkata, Nurul Izzah bukan sahaja layak daripada segi pengalaman dan pengalaman politik tetapi juga daripada segi keterangkuman gender.

“Keadilan sentiasa memperjuangkan untuk memperkasa wanita dan pencalonan seorang tokoh wanita berkaliber seperti Nurul Izzah adalah sejajar dengan semangat ini.

“Parti memerlukan gabungan tenaga baharu dan lama selain idealisme anak muda dan kebijaksanaan pengalaman. Nurul Izzah membawa kombinasi ini dengan penuh wibawa,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Nurul Izzah membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang prihatin, berintegriti dan dekat dengan rakyat.

Selain itu Nurul Izzah juga pernah memegang jawatan Naib Presiden PKR serta mengetuai pelbagai portfolio strategik dalam parti dan kerajaan.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor itu berkata, Nurul Izzah juga bukan nama asing dalam perjuangan reformasi di negara ini sejak 1998 lagi.

“Beliau menjadi antara suara paling awal dan lantang dalam gerakan reformasi. Bukan sekadar anak kepada tokoh reformasi tetapi sebagai pejuang yang membina karier politiknya dengan kerja keras, prinsip yang jelas serta rekod perkhidmatan konsisten dalam parti dan juga sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Justeru, beliau menyambut baik cadangan tersebut yang akan memeriahkan lagi pertandingan merebut jawatan kedua tertinggi parti berkenaan.

“Selain Rafizi Ramli yang merupakan penyandang jawatan Timbalan Presiden dan kemungkinan penyertaan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, kehadiran YB Nurul Izzah dalam pertandingan ini akan menambah kemeriahan pesta demokrasi dalam parti.

“Inilah wajah Keadilan, parti yang meraikan perbezaan pandangan, memberi ruang kepada pertandingan sihat dan menjunjung tinggi semangat demokrasi,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Nurul Izzah pula dicadang galas jawatan Timbalan Presiden PKR

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here