Khai Bahar.

KUALA LUMPUR – Sudah lama bersabar, penyanyi Khai Bahar memberi amaran dia akan mengambil tindakan saman terhadap mana-mana pihak yang bercakap buruk terhadap beliau dan keluarganya.

Ia susulan penyebaran gambar dia bersama adir iparnya yang menimbulkan pelbagai reaksi ramai termasuk menuduhnya sebagai seorang yang menyukai sesama jenis.

Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin mengesahkan sudah mengenal pasti beberapa komen yang turut melibatkan ahli keluarganya.

“Bila dah melibatkan rumah tangga keluarga, aku tidak akan diam. Adik aku dah bahagia dengan suami dia. Habis terkesan emosi orang.

“Jadi apa-apa dekat family adik, aku tak diam! Aku cari korang. Tak payah sembunyi. Aku dah screen shot siapa yang mulakan. Saman tetap saman,” tulisnya di laman Instagram miliknya, di sini, hari ini.

Khair yang sedang popular dengan lagu Kerana Ego mencabar mana-mana pihak untuk terus menghubunginya jika ada sebarang persoalan sebelum menyebarkan berita tidak benar.

“Jagalah aib masing-masing. Kalau ada rasa tak puas hati, direct messege. Tak payah cakap terbuka perkara yang tidak ada.

“Aku dah cuba untuk jadi terbaik untuk orang yang aku sayang terutama keluarga. Cukup-cukuplah tentang zaman dulu. Nak aku mati dulu ke baru nak diam fasal aku?” luahnya.

Mengulas lanjut, Khai turut meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku sehingga membuatkan dia hilang kawalan dan lantang bersuara mengenainya.

“Aku bersuara bukan sebab nak perhatian sesiapa. Aku sedih sebab tak kuat. Dulu bila orang cakap macam-macam fasal aku, ada tempat mengadu dekat mak. Sekarang tak tahu nak mengadu dekat siapa.

“Sama macam orang lain, aku ada buat silap, tetapi jangan sampai nak fitnah aku dengan adik ipar. Aku masih ada iman cuba untuk kuat. Aku sampai tahap tak ada arah tuju,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here