Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Foto FAREEZ FADZIL, 05 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa perlu menggunakan kuasa penyiasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) secara lebih berkesan dan agresif dalam menangani jenayah penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, fokus utama siasatan bukan hanya untuk menangkap pelaku, tetapi mesti mengesan aliran dana haram tersebut dan mendapatkan semula wang yang telah dicuri.

“Kejadian seperti ini (jenayah penipuan online) semakin kerap berlaku dan menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada rakyat Malaysia.

“Justeru, pendekatan penguatkuasaan juga perlu ditingkatkan.

“Sudah tiba masanya agensi penguatkuasaan seperti PDRM menggunakan kuasa di bawah AMLA dengan lebih efektif dan agresif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian di mana orang ramai dilaporkan mengalami kerugian akibat ditipu sindiket menerusi online semakin kerap dilaporkan kebelakangan ini termasuk melibatkan seorang usahawan di Pulau Pinang membabitkan kerugian RM1.8 juta selepas terpedaya dengan pelaburan dalam talian.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, tindakan terhadap pelaku semata-mata tidak lagi mencukupi terutama apabila penipuan itu melibatkan sindiket antarabangsa atau akaun keldai yang sukar dikesan.

“Usaha pengesanan dan mendapatkan semula dana mangsa perlu menjadi keutamaan dalam pendekatan penyiasatan, selari dengan objektif AMLA yang turut memberi penekanan terhadap pembekuan, penyitaan dan pelucuthakan hasil daripada aktiviti haram,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here