Foto: APM Machang

MACHANG – Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer (KM) 50.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata, kemalangan pada 11.55 pagi itu melibatkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta tersebut hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh lori jenis Scania yang datang dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Insp Khairulanwar Adam di talian 011-10085165 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di talian 09-9751222. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here