@malaysiagazette Panglima Angkatan Tentera sahkan terdapat insiden melibatkan pesawat TUDM di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim petang ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kenyataan media mengenai insiden pesawat TUDM di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim akan dikeluarkan sebentar lagi – Panglima Angkatan Tentera TUDM MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sementara berikutan insiden sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir petang tadi.
Menerusi Malaysia Airports, penutupan landasan tersebut adalah untuk membolehkan kerja-kerja pemindahan pesawat berkenaan dan pembersihan landasan dilakukan.
Katanya, penutupan tersebut dijangka berlanjutan sehingga pukul 10.30 malam ini.
“Sepanjang tempoh berkenaan, semua operasi penerbangan di LTSAH akan terjejas.
“Semua penumpang, termasuk jemaah yang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji dinasihatkan merujuk kepada syarikat penerbangan atau Lembaga Tabung Haji,” demikian menurut kenyataan itu.
Katanya, pihak lapangan terbang akan mengeluarkan maklumat terkini sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. – MalaysiaGazette