Abdul Hamid

KLUANG- Cadangan untuk Nurul Izzah Anwar dicalonkan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR ) pada pemilihan tertinggi parti tersebut kali ini boleh membawa perpecahan lebih teruk dalam PKR.

Setiausaha PKR Johor, Abdul Hamid Ali berpendapat, tidak sesuai untuk anak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bertanding kali ini.

Jelas beliau, ini kerana Nurul Izzah yang juga bekas Naib Presiden PKR akan dibayangi ayah dan ibunya, Datin Seri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu bekas Presiden PKR.

“Sepanjang tempoh penggal 2022 hingga 2025, Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR telah menjalankan fungsi dan tugasnya dengan sebaik mungkin hingga saat ini.

“Tiada keperluan untuk Nurul Izzah bertanding dalam jawatan kedua tertinggi parti kerana daripada sudut pentadbiran dia belum menunjukkan sebarah potensi ke arah itu.

“Sajarah dan rekod telah membuktikan Nurul Izzah terlalu bergantung kepada penasihat di sekeliling beliau dan banyak yang telah terbukti salah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas cadangan berkenaan yang diutarakan Ketua Penerangan PKR Perak, Azam Afandi hari ini.

Menurut Abdul Hamid yang juga bekas Ketua Cabang PKR Kluang, kesimpulannya berdasarkan faktor yang disebutkan itu belum tiba masa untuk Nurul Izzah berada di kerusi nombor dua parti berkenaan.

Ujarnya, banyak perkara yang boleh menjejaskan PKR sekiranya cadangan tersebut diteruskan apatah lagi jika Nurul Izzah menang dalam pemilihan nanti.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here