Gambar : SPRM Pahang

KUANTAN – Seorang Pengurus kawasan Felcra Berhad di Kuala Lipis direman selama enam hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah.

Perintah reman dikeluarkan terhadap suspek oleh Majistret Rosnaida Abdul Razak di Mahkamah Majistret Raub hari ini.

Suspek berusia 43 tahun itu dipercayai meminta dan menerima rasuah bernilai antara RM1,000 sehingga RM3,000 dalam tempoh setahun bermula tahun 2023.

Menurut SPRM Negeri Pahang, suapan diterima suspek adalah bagi membantu mendapat dan memudahkan urusan kerja untuk sebuah syarikat di kawasan Felcra itu.

Difahamkan, suspek ditahan selepas hadir ke Pejabat SPRM cawangan Raub semalam ketika hadir memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here