Gambar hiasan.

MUAR – Seorang pengusaha kedai makan rugi RM3,000 selepas diperdaya scammer yang memintanya membekalkan makanan bermasak dan cederahati untuk satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, semuanya bermula apabila mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan mendapat panggilan telefon daripada dua individu berlainan pada Sabtu lalu.

“Dua individu berkenaan membuat panggilan itu berkaitan tawaran pembekalan makanan bermasak dan cenderahati.

“Hasil siasatan mendapati modus operandi scammer ini adalah dengan menghubungi mangsa untuk membekalkan makanan bermasak dan cenderahati untik majlis di IPD Muar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek yang berusia 37 tahun kemudian meminta mangsa membuat pembayaran deposit kepada pihak ketiga yang juga merupakan rakan suspek.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa membuat pembayaran deposit sebanyak RM3,000 ke dalam satu akaun bank atas nama seorang wanita warga tempatan.

Menurut beliau, mangsa kemudian cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya kerana panggilan sudah disekat oleh suspek berkenaan.

Mangsa yang mengalami kerugian itu katanya, kemudian membuat laporan polis semalam.

“Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara satu hingga 10 tahun dengan sebatan dan denda,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here