Penasihat Mahar Nurul Izzah Anwar

SHAH ALAM – PKR Selangor hari ini menyatakan sokongan terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Keadilan pada pemilihan parti akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengumumkan perkara itu berkata,  Nurul Izzah memiliki kredibiliti, keteguhan prinsip dan kesetiaan kepada perjuangan reformasi yang menjadikan beliau calon paling sesuai untuk menggalas tanggungjawab itu.

“PKR memerlukan seorang Timbalan Presiden yang tidak terbeban dengan tanggungjawab pentadbiran kerajaan supaya boleh memberi fokus penuh kepada pengukuhan dalaman parti, menyusun semula struktur, dan membina kembali keyakinan akar umbi.

“Nurul Izzah adalah sosok yang tepat, berprinsip, berdikari dan paling penting sentiasa meletakkan kepentingan parti dan perjuangan mengatasi segala-galanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Besar Selangor merangkap Ketua PKR Cabang Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar (tiga kiri) melaungkan ‘reformasi’ pada Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Gombak di Sri Gombak, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2022.

Tambah Amirudin, pemilihan kepimpinan kali ini bukan semata-mata soal populariti atau warisan politik, sebaliknya harus berpandukan kepada keperluan semasa parti yang menuntut kebijaksanaan, kematangan dan kesediaan untuk membawa PKR ke fasa yang lebih kuat dan bersatu.

Beliau berkata, Nurul Izzah bukanlah nama asing dalam landskap reformasi negara sebaliknya sejak era awal gerakan tersebut, beliau telah memainkan peranan penting sebagai aktivis, Ahli Parlimen dua penggal, bekas Naib Presiden parti dan kini sebagai pemikir dasar yang turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Kita perlukan pemimpin yang ‘toe the line’ bersama anggota, bukan sekadar memimpin dari atas, tetapi yang sedia turun mendengar, memayungi dan menyatukan kembali semangat reformasi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here