Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi Datuk Seri Razifi Ramli digesa supaya meletakkan jawatan dalam parti jika cuti panjang yang diambil melibatkan isu pemilihan PKR.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Rafizi tidak seharusnya mengabaikan kementerian yang diterajuinya dengan mengambil cuti begitu lama.

“Kalau mahu memprotes parti letaklah jawatan timbalan presiden partinya. Bukan cuti panjang dan membiarkan kementerian tanpa bos begitu lama. Ia kementerian penting. Ministry first, party second,” tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit itu mengulas kegagalan Rafizi untuk hadir d Sidang Khas Parlimen mengenai tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat semalam.

Tegas beliau, Rafizi sepatutya mengutamakan tanggungjawab dalam kementerian yang sangat penting kepada negara dan bukannya parti.

Mohd. Puad berkata, adalah tidak bertanggungjawab sekiranya Ahli Parlimen Pandan itu mengambil cuti disebabkan isu pemilihan PKR.

“Semalam tidak nampak kalibat Rafizi di Parlimen. Dia patut tampil secara terbuka beri penjelasan kenapa ambil cuti panjang. Banyak spekulasi dan majoritinya komen negatif.

“Kalau benar ia ada kaitan dengan isu pemilihan PKR maka cutinya itu tidak bertanggungjawab. Kalau cuti kerana mahu mengugut parti, secara tidak langsung, dia mengugut kerajaan,” katanya.

Serentak itu Mohd. Puad menggesa supaya Rafizi tampil memberi penjelasan berkaitan cuti panjang yang diambil beliau dalam keadaan negara berdepan dengan isu tarif tambahan Amerika Syarikat yang boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

Ketidakhadiran Rafizi menjadi polemik kerana beliau sebagai menteri yang turut bertanggungjawab berkaitan isu tarif tidak memperlihatkan kesungguhan dalam menangani krisis selepas tidak hadir ke Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan mengambil cuti sehingga 31 Mei ini, malah tindakan beliau itu turut dikaitkan dengan pemilihan partinya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak menghentikan segera spekulasi berkaitan anggota Kabinetnya itu memandangkan Rafizi hanya mengambil cuti selama beberapa hari sahaja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here