Sebahagian warga asing yang diberkas untuk pemeriksaan ketika operasi bersepadu oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijalankan di sekitar Changkat Bukit Bintang. Foto AIZAT ZAINAL, 5 MEI 2025.

KUALA LUMPUR –  Gara-gara takut dan cuba melarikan diri di belakang bangunan, seorang tukang urut wanita akhirnya dicekup pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi di Bukit Binang di sini malam tadi.

Pada kejadian itu, dua pegawai JIM turut cedera di lutut dan tangan selepas terjatuh ketika cuba menahan wanita berusia 42 tahun yang panik sebaik sahaja melihat serbuan dijalankan pada pukul 10 malam itu.

Sebahagian warga asing yang diberkas untuk pemeriksaan ketika operasi bersepadu oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijalankan di sekitar Changkat Bukit Bintang. Foto AIZAT ZAINAL, 5 MEI 2025.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Dewi itu dipercayai tidak memiliki permit kerja yang sah dan telah bekerja sebagai tukang urut  sekitar Bukit Bintang selama enam tahun dengan bayaran harian sebanyak RM100.

Dia bekerja di negara ini bagi memberi perbelanjaan kepada empat orang anak yang berada di Batam, Indonesia dan turut mendakwa kos untuk mendapatkan permit kerja di Malaysia adalah terlalu tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jefri Embok Taha bercakap pada media berkenaan operasi bersepadu oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijalankan di sekitar Changkat Bukit Bintang. Foto AIZAT ZAINAL, 5 MEI 2025.

Sementara itu, Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, seramai 64 warga asing tanpa izin PATI telah ditahan dalam dua serbuan berasingan sekitar medan selera di Jalan Klang Lama dan rumah urut di Bukit Bintang.

“Daripada jumlah itu, seramai 39 lelaki dan 25 wanita warga asing ditahan berusia 18 hingga 60 tahun melibatkan warga Indonesia, Myanmar, Pakistan, Bangladesh dan Nepal.

“Kita turut mengeluarkan sebanyak 15 saman saksi sepanjang operasi ini dan kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,”katanya dalam sidang media di sini awal pagi tadi.

Sebahagian warga asing yang diberkas untuk pemeriksaan ketika operasi bersepadu oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijalankan di sekitar Changkat Bukit Bintang. Foto AIZAT ZAINAL, 5 MEI 2025.

Katanya, operasi terbabit dijalankan melibatkan 55 pegawai pegawai dan anggota JIM Kuala Lumpur menerusi hasil risikan yang dijalankan selama dua minggu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here