Screenshot

BAYAN LEPAS – Polis mengesahkan kecederaan parah akibat terjatuh dari tempat tinggi punca kematian seorang wanita berusia 29 tahun yang ditemui maut di parkir sebuah pusat beli-belah, di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa ditemui di kawasan pemunggahan barang (‘loading bay’) pusat tersebut selepas dipercayai terjatuh dari parkir tingkat tujuh.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Sungai Bakap meninggalkan barangan peribadi dalam keretanya jenis Honda City.

“Saksi yang juga pekerja pusat beli belah itu mendakwa melihat mangsa jatuh dari tingkat berkenaan pada jam 12.44 tengahari semasa memandu keretanya menuju ke loading bay itu,”katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Sazalee, mangsa dikatakan keluar dari rumahnya pada jam 9 pagi dan kali terakhir dihubungi pada jam 12 tengahari, yang meminta supaya dibelikan makanan.

“Bedah siasat ke atas mangsa yang dilakukan Pegawai Perubatan Unit Perubatan Forensik Hospital Balik Pulau mengesahkan kematian disebabkan kecederaan parah akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya.

Terdahulu tular dakwaan wujud unsur jenayah dalam kes seorang wanita ditemui maut di pusat beli belah, di sini.

Beberapa posting turut meminta orang ramai yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil menyalurkan maklumat kepada keluarga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here