Foto Instagram Cristiano Jr.

LONDON – Anak sulung Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr menerima panggilan skuad kebangsaan Portugal buat kali pertama bagi menyertai skuad Bawah 15 Tahun (B-15) untuk Kejohanan Antarabangsa Vlatko Markovic.

Kejohanan itu akan berlangsung di Croatia dari 13 hingga 18 Mei ini di mana selain Portugal, England, Jepun dan Greece turut mengambil bahagian dalam kejohanan yang sama.

Sebelum ini, Cristiano Jr  berpeluang mewakili lima negara di peringkat antarabangsa iaitu Portugal, Amerika Syarikat, England, Sepanyol dan Cape Verde.

Sementara itu, selepas mengetahui anaknya dipanggil menyertai Portugal, legenda berusia 40 tahun itu meluahkan rasa bangga di atas pencapaian itu.

“Bangga dengan kamu, anakku,” katanya di Instagram Story.

Seperti Ronaldo, Cristiano Jr juga pernah beraksi untuk Manchester United, Juventus dan Real Madrid dan dia kini beraksi untuk skuad remaja Al-Nassr. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here